J
Perkara | Persoalan? | Jawapan J | Info tambahan |
Garda | Apa itu kad garda? | · Seperti kad pengenalan di Malaysia | |
Macam mana nak dapatkan kad Garda? | · Dengan mendaftar di Garda National Immigration Bureau bertempat di 13-14 Burgh Quay, Dublin 2. · Dibuka dari isnin hingga khamis, [9.30 pagi hingga 10 malam]. Hari jumaat ialah dari [9.30 pagi hingga 4 petang]. - (beratur sangatlah panjang jadi digalakkan ke pejabat Garda ni seawal mungkin) · Kad boleh terus dapat beberapa minit setelah ditangkap gambar. | · Panjangnya beratur tu sampai mencecah beratus. Siap boleh pergi keluar cari barang dulu mase tunggu number [- -‘] | |
Berapa harga kos pendaftaran? | · €150 · boleh dibayar menggunakan credit/debit card (insyaAllah korang dah ada debit card masa ni. Kalau tak ada, boleh pinjam dari seniors dulu J). Cash tak diterima. | ||
Apa yang perlu dibawa semasa mendaftar? | · Passport, UCD student card, surat bukti (evidence of financial support, evidence of private medical insurance, a letter for immigration and a receipt of fees paid from the Student Desk in the Tierney Building), credit/debit card of €150 | ||
Membuka akaun bank | Apa akaun yang boleh dibuka? | · Boleh dibuka melalui AIB atau BOI. Biasanya akan dibuka di AIB dahulu. · Sebelum membuka akaun, pendaftaran di UCD harus diselesaikan (di mana korang akan letak alamat korang dalam SIS web). | · Ada bank yang menghadiahkan dissection kits, stethoscope atau tiket penerbangan kepada pelajar tahun pertama yg membuka akaun · Mangambil masa sehari untuk menyelesaikan urusan membuka akaun. dan mengambil masa seminggu-2minggu untuk bank menyiapkan sepenuhnya. |
Apa yang diperlukan untuk membuka akaun? | · Untuk membuka akaun, korang memerlukan alamat di Ireland (alamat korang di Belgrove/Merville) · Untuk membuka akaun AIB korang memerlukan - Passport - Surat yang mengesahkan alamat korang di Dublin (boleh didapati setelah korang selesaikan pendaftaran di SIS web. Surat boleh diambil di Student desk di Tierney Building) · Untuk membuka akaun BOI korang memerlukan - Passport - Surat dari International Office (letter indicating eligibility to register), student number, Irish address, home address, and date of birth. | ||
Orientasi | Dianjurkan siapa? | Oleh university (UCD) | Selain orientasi anjuran UCD, kami (seniors) pun ada orientasi secara personal dengan adik2. Menemani korang membeli barang2 keperluan, ke kedai2 berdekatan, sama ada dalam waktu orientasi atau waktu2 selepas itu insyaAllah =) |
Berapa lama tempohnya? | Lebih kurang seminggu | ||
Aktiviti orientasi? | · Berkenalan dengan pensyarah · Dikenalkan dengan university, diberitahu tentang subjek. · Dikenalkan kepada kawan2 · Menguruskan hal pendaftaran, membuat student card dan lain2. | ||
Makanan | Apa yang perlu dibawa? | · Makanan instant sendiri perlu dibawa untuk bekalan beberapa hari pertama memandangkan belum ada bekalan bahan mentah | |
Dari mana boleh mendapatkan bekalan makanan? | · Kedai terdekat dalam UCD ialah centra (di merville). Korang bolehlah beli pizza, susu, cereal, roti, dan lain2 · Bahan mentah biasanya dipesan melalui internet (kitorang panggil abang Man) dan akan dihantar ke rumah dalam masa beberapa hari selepas dipesan. Jangan risau sebab semua benda ada dijual. Ayam mentah, udang, kicap, sos, gula, garam, semua ada =) | ||
Pakaian | Apa yang perlu dibawa? | · Mungkin sweater adalah sesuai untuk suhu pada masa ini. Masih tidak memerlukan baju2 tebal/baju2 winter. Sweater biasa (yg tidak terlalu nipis) boleh dibeli di Malaysia, lebih baik jika ada hood sebab kat Ireland ni selalu hujan. · Then untuk baju lebih tebal/kot winter dan sebagainya, boleh cari kat Ireland je. Lebih murah dan lebih banyak pilihan. | September is about to the end of summer and autumn is going to begin. Suhu lebih kurang 12-15. Untuk permulaan mungkin terasa sejuk tapi insyaAllah lama2 akan terbiasa. |
Pengangkutan | Apa jenis pengangkutan yg ada? | · Bas Dublin · DART/LUAS · Basikal · Berjalan kaki | |
Bila bas Dublin digunakan? | · Khidmat bas adalah yang paling popular antara semua pengangkutan. Bas boleh didapati dari dalam university untuk ke bandar2 di Dublin. · Dari kampus UCD ke city centre mengambil masa 20-30 minit. | ||
Bila DART/LUAS digunakan? | · DART(Dublin Area Rapid Transit) ialah servis keretapi tempatan yang melalui sepanjang persisiran pantai Dublin, yang menghubungkan antara beberapa bandar di Ireland contohnya Malahide, Howth, Greystones, dan Co Wicklow. · LUAS adalah seperti LRT yang menghubungkan bahagian kawasan utara dan selatan Dublin. · Kedua-duanya adalah cara yang pantas untuk keluar dari bandar utama Dublin ke sekitarnya. | ||
Bila basikal digunakan? | · Bagi pelajar UCD (1st year) basikal jarang digunakan kerana menetap di dalam kampus dan untuk ke kelas hanya mengambil masa 10minit(Belgrove) dan 18minit(Merville). · Bagi pelajar yang telah berpindah ke luar kampus(2nd year) basikal mungkin lebih banyak digunakan. | ||
Bila pula berjalan? | · Di dalam kampus · Di tengah bandar | ||
Perbelanjaan makanan | Kos bahan mentah? | · Kos untuk bahan mentah(untuk dimasak) untuk seorang biasanya €10-15 sebulan. Biasanya dikongsi serumah dengan kos lebih kurang €30-45 sebulan. | |
Kos makanan sampingan | · Kos untuk membeli makanan sampingan contohnya biskut, susu, roti, jem, cereal, dan lain2 adalah lebih kurang €20 sebulan. | ||
Dari mana dibeli? | · Bahan mentah biasanya dibeli online dari ‘abang man’, dan makanan akan dihantar ke rumah. · Boleh juga dibeli di city (Asia market, Medinna, Spices dan lain2) | kos penghantaran adalah percuma jika membeli melebihi €50-biasanya beberapa rumah akan membeli bersama2 untuk mendapat penghantaran percuma | |
· Makanan sampingan biasanya dibeli di city (Aldi, Dunnes Store, dan lain2) | - | ||
Perbelanjaan pengangkutan | Kos bas Dublin? | · Biasanya menggunakan rambler €75 untuk 30 hari (di mana sehari boleh digunakan ke mana2 sahaja tanpa limit) | - |
Kos berbasikal? | · €150 (baru) · €50 - €100 (2nd hand) | - | |
Perbelanjaan elektrik | Mahal ke? | · Bergantung pada tahap penggunaan elektrik. Heater di kampus dikatakan sangatlah mahal jadi jangan guna. Boleh beli blower/heater di kedai ;) · Range bil boleh jadi semurah €50 dan semahal €150 untuk 3 bulan. | Biasanya bil elektrik adalah lebih mahal semasa winter |
Macam mana dibayar? | · Buat pembayaran di AIB dengan membawa bil tersebut | ||
Pembelanjaan top up | Berapa kos top up? | · Untuk pengguna meteor biasanya €20 sebulan (kerana dengan €20 ini pengguna boleh dapatkan mesej dan call free antara pengguna meteor | |
Kemudahan masjid | Apa masjid utama di Dublin? | · Terdapat 2 masjid utama. 1. Clonskeagh (masjid terbesar di Dublin) berada dekat dengan UCD, kira-kira 10minit perjalanan berjalan kaki 2. Dublin mosque berada di Dublin 8 berdekatan city centre | · Kedua-duanya menjual bekalan ayam dan daging halal. · Time raya boleh solat kat masjid, tengok ramai org islam dari macam2 negara. Lain warna kulit, lain bahasa, lain rupa, tapi hati kita semua sama J |
Arah kiblat | Darjah kiblat? | 1. Dublin dan Galway = 1140 2. Cork = 1110 3. Belfast = 1160 | |
Waktu solat | Dari mana didapati? | · Boleh didapatkan dari Clonskeagh dan Dublin mosque for free · Boleh juga didapati dari internet mengikut waktu Clonskeagh dan Dublin mosque | · Info yg sangat menarik; masa kat Dublin nanti, around November, sume jam kene diawalkan 1 jam (contohnya dari pukul 11, ditukar menjadi pukul10 – menyebabkan perbezaan waktu dengan Malaysia bertambah 1jam, dari 7 jam menjadi 8 jam). Jadi waktu solat pun akan berubah mase ni. Waktu akan kembali ke normal around Mac. insyaAllah semua akan diterangkan bila adik2 dtg nanti J |
Seniors | Siapa seniors di Ireland? | · Ireland ni tak sebesar mana jadi among Malaysian amat rapat. Kawan2 umpama adik beradik dan kakak2 umpama ibu dan ayah. We will be here for you guys. Any help, any question please do not hesitate to ask us. · Tak dapat dinafikan kitorang sangat menantikan adik2 datang sini! J J J | Untuk pelajar2 UCD, korang sangat bernasib baik sebab rumah2 seniors UCD sangat dekat dengan kampus. Ada yg tak perlu naik bas pun jadi mesti selalu datang okay J |
No comments:
Post a Comment