Syarat-syarat MAS

Assalamualaikum wbt =)

*boleh klik pada image untuk keterangan lanjut*

excited nak fly x??? :D
InsyaAllah.. adik2 nanti fly naik MAS. Jadi, ada beberapa benda yang adik2 perlu tahu.
1. Ada 2 jenis beg:
·Check-in beg
·Hand luggage
Check-in beg:
·Beg ini MAS Kargo yang akan bawa.
·Saiz beg ini tak kisah la besar mana.
·Tapi, maksimum berat untuk beg ini = 20kg.
·Bahan2 Liquid, Aerosol, Gel (LAG) boleh bubuh dlm beg ini. Tak kisah la berapa besar pun bekas LAG itu. Contohnya; syampu, sabun, krim.
·Benda2 tajam pun boleh bubuh juga. Contohnya; penyepit kuku.
·Makanan pun boleh. Contohnya; serunding (seal bagi kemas lawa-lawa, takut nanti berbau dan boleh dikesan) , perencah nasi goreng.
·Kesimpulannya, dalam check-in beg ni, semua boleh bawa. =) no worries!
Hand luggage:
·Beg ini boleh naik flight sama2 dgn adik2.
·Maksimum berat untuk beg ini = average berat untuk hand luggage, adalah dalam 7-10 kg, depending on the airline..
biasanyer tak timbang pon, so boleh la angkut apa2 yang tak lepas nak masuk kat dalam check-in beg. [cam buku ker etc]
·It is up to adik2 nak bawa beg roda atau beg galas. Ikut keselesaan masing2.
-kalau cabin bag ni, lagi best kalo bwk beg tarik (beroda), sbb selalunyer cabin bag ni berat gak , kalau transit tu, parah gak kalo nk sandang,
tpi ley je nk bwk beg sandang/galas, ley menguatkn otot and tambah stamina =D
·Size beg ni jangan besar sgt. Agak2 size hand luggage beg.
as for SIZE , cabin bag normally available in 3 sizes, 20'', 21'' or 22''...
20'' is d universal size for almost all airline, insyaAllah
21'' Kadang2 ok,
22'' cume certain2 airline je yg kasi
·Kalau adik2 nak bawa bahan2 LAG, ada limitnya. Maksimum berat untuk setiap bahan ialah 100 ml. Contohnya; ubat gigi= 100ml, pencuci muka= 100ml,…
Total cecair yg dibolehkan dalam satu hand luggage= 1000 ml / 1 liter
·Dan adik2 kena bubuh dalam plastik lutsinar. Sebenarnya boleh je amik plastik lutsinar tu kat airport for free or kena bayar. Tapi kalau kat umah adik2 dah ada palstik lutsinar tu, lagi bagus kalau bawa terus. Takde la kelam kabut nanti kat airport.
·TAK BOLEH bawa bahan2 tajam. Contohnya; penyepit kuku, gunting.
p/s1: sangat digalakkan untuk membawa bersama:
i. Kompas
ii. Lapik kain untuk sujud
iii. Botol air - untuk hal-hal toilet.
[untuk kemudahan solat di mana-mana :) ]
p/s2: kalo nak bawak botol kosong untuk botol toilet boleh, as long as botol tu takde air kat dalam.
p/s3: Boleh kalau nak bawa makanan tapi mesti food yg kering (tak berkuah / berair) ley je bwk dlm cabin beg, no worries (bwk nasi goreng dh 2 kali dh =P)
p/s4: digalakkan bawa 1 set pakaian LENGKAP dalam hand luggage. In case, check in bag lambat sampai kat Ireland nanti. (So at least korg tak payah la kelam-kabut cari baju nak pakai)
2. BEG LAPTOP pun boleh naik flight sama2 dgn adik2 tapi dikira as hand luggage juge.
3. Kesimpulannya, at the end, adik2 bawa 2 beg sahaja . 1 check-in beg dan 1 hand luggage.
:: JGN LUPA BAWA PASSPORT DAN TIKET FLIGHT ::
moga membantu [^^,]

jumpa dalam flight! :D

No comments: