Transportation untuk RCSIans!!

Bismillah.
Assalamualaikm wrt.

Transportation ke sekolah!

JALAN KAKI


Part transport ni sangat best.
RCSI memang terkenal dengan class awal pagi nyerr.
Paling awal class adalah jam 8pagi. Maka, time ni lah boleh kita perhati
Betapa berdedikasinyerr student2 Malaysia. Lecture xmendapat sambutan.
Selalunya, untuk 1st year, class start jam 9pagi.
And habis class petang, dalam jam 4petang.
Macam skolah kan?? urmmm




Masa Autumn, dalam period 2 bulan pertama time adik2 sampai Ireland, insyaAllah musim sejuk belum start sangat lagi, so x berapa nak sejuk.

Makanya, silalah berjalan kaki ke sekolah. Kasut semahunya waterproof, ber’hoodies’ dan kasut yang the best choice, insyaAllah yang waterproof.

Jarak waktu jalan kaki ikut kawasan rumah adik2 juga.

Dublin 2&4: Around 10-15minutes

Dublin 6:
- Rathmines: 15-20 minutes
- Harold’s Cross: 20-25 minutes

Dublin 8 (South Circular) : 25-30minutes

Urmm ada area2 lain lagi. Huhu xingat,
Tapi, semua ni Malaysian walk. InsyaAllah, kalau Irish walk, dapat jimat 5-8 minutes.

Dan, jangan risau coz xpenat sangat pun jalan sbb time musim luruh ngan winter xberpeluh.
Sejuk, so pakai tight and kot tebal yang berat.
Huhu bagus untuk training and exercise =)






BASIKAL



Transport ni tak berapa popular di kalangan muslimat. Dan agak famous for muslimeen
Tapi, ada ramai jugak kakak2 yang naik basikal, especially yang rumah jauh2.

Harga basikal??
Haha
Cuba teka?

Mahal, mahal.
But then, still affordable.
Basikal yang 2nd hand kat kedai harganya area 79.99-200.00 EUR.
Dan condition basikal memang elok insyaAllah sebab kedai2 kat sini sangat2 bagus.

Mengikut pengamatan setahun di Dublin, memang ternyata basikal adalah pengangkutan pilihan compare motokar, and bus di kalangan Irish.
Jangan terkejut, time nak parking bicycle, korang terserempak dgn lecturer anatomy!

Nak dapatkan basikal paling murah, pegilah car boot (tempat jual barang murah yg diadakan 2minggu skali). Basikal kat situ dijual area 25.00-50.00 EUR.
Just condition basikal xdalah sihat sgt. Ada karat2 skit tapi still murah n boleh diguna dgn mantopnyerr!

Pasal basikal ni, nak share yang kes kecurian basikal amat common kat Dublin.


p/s: tgk ni tinggal tayar je

Jangan khuatir....
InsyaAllah, kunci dgn betul dapat elakkan basikal anda hilang. Yang penting doa Allah jaga basikal kita! =)





















DUBLIN BUS



Dublin Bus sememangnyerr satu-satunyerr syarikat bus yang memonopoli bus2 yang ada kat jalan raya around Dublin.

Bas ni 2 tingkat. SubhanAllah....selesa! Xyah aircond sbb udara kat sini lebey sejuk dari aircond masyaAllah!
Adik2 boleh jugak pegi sekolah naik bus, sbb insyaAllah bus kat sini sgt2 frequent masa hari skolah.
Tapi kena kluar rumah awal jugak kay.

Kat sini, nak naik bus boleh guna coins,











atau Rambler ikut hari(smartcard)










Coins kena accurate. Takde changes. Kalau coins x accurate, korang terpaksa redeem duit baki guna resit bus kat Dublin Bus Office kat city.

Rambler untuk student pula dijual dgn harga student yg murah n berbaloi.
Untuk
5 Hari : 15.00Eur
30 Hari : 75.00Eur

Selalunya, time winter, penggunaan bus sangat meriah.
Teringat pulak, pernah terjadi Winter lepas di musim exam. Jalan frozen. Penuh Ais. Boleh meluncur.
Licin sangat3x. By that time, Dublin bus punya service stop for 1-2 days.
Kenalah jalan kaki....lalalala~~~ dalam kesejukan winter huhu =(



InsyaAllah inilah transportation yang ada kat Dublin.
Kalau nak naik taxi mmg xcukuplah elaun sbb taxi kat sini telan duit macam kita minum air. Mahal!!!
Jika teringin nak naik beca, silalah ke city atau Grafton street depan RCSI. Tapi beca moden lah and ada orang yang akan drive kan free utk korang!
Sekian.
Selamat berkenderaan ke sekolah!
Walaupun berjalan kaki, insyaAllah setiap langkah Allah count as jihad kita menuntut ilmuNya! =)

No comments: