Fuyooo duit Euro!!
Korang!
Awas!
Hehe.
Inilah main problem student2 Malaysia bila sampai sini.
Bak kata sorang kakak senior (“Kedekut!”)
Ni normal, so jgnlah down bila ada yg kata korang kedekut.
Masa mula2 kami, senior2 korang ni jejak kaki kat sini, sangat2 kedekut!
Semua benda nak convert. Nak makan cokelat Cadbury harga 2euro pun berkira. Lagi2 time Euro tgh tinggi.
Dulu 1 Euro = RM 5.20
Sekarang dah makin kecik duit Euro ni: 1 Euro = RM 4.00 (June 2010)
So, imagine lah kami, convert cokelat yg sekepin tuh jadi RM10++
Ermmm letak balik xjadi nak beli!!
(Note that: Kena boikot Cabdury sebab recently US punya syarikat ambil alih. So, plzzz boikot, insyaAllah kita perjuangkan yang haq untuk bantu saudara2 kita especially di Gaza insyaAllah)
Okay, nak save duit.
Sekiranya by the time korang rasa diri sangat kedekut. Ahaa!
InsyaAllah ini salah 1 cara nak save duit. Especially PMCsians. Musti korang rasa nak save sangat2 kan?
Makanya, jangan risau kay.
Once dah daftar and ada account AIB (Allied Irish Bank), korang dapat uruskan duit secara online. Semua urusan kat sini, mmg mudah. Nak transfer duit pegi account lain ke, bayar rent, anything insyaAllah secara online.
Secara online jugak dalam account bank tuh, orang boleh buka saving account.
Contohnya bank AIB, korang boleh apply online untuk saving.
Secara automatiknya, every month duit korang akan di transfer ke dalam saving account.
Ada juga yang save dengan membuka account di bank2 lain, seperti BOI (Bank Of Ireland),
Ulster Bank etc.
Okay.
Berapa duit yang korang dapat yek?
Alhamdulillah, Allah berikan kita wang yang cukup untuk survive every month melalui JPA.
Thank you Allah!
93500Euro per month.
Ops
935.00Euro lah. Hehe =p
Approximately, 400-500Euro akan di spend untuk basic living cost.
Contohnya, house rent, electricity, internet share untuk house spent, duit bus.
Menariknya, xda bil air kat Ireland. Free!! Duduk pulau lah katakan. Tapi bukan air masin kay!
So, bakinya ada lebih kurang plus minus 450-500Euro.
Korang boleh lah budget2 brapa nak simpan.
Duit makan biscuit, cokelat, baju, alat tulis, aiskrim, beg kasut, jalan2, travel, pegi program2 etc.
Astaghfirullah, kat sini bahaya berbelanja sbb semua orang ada debit card. Pergi mana2 guna debit card saje. Jadi, selalunya, mmg jarang yang ada cash kat tangan. Dan sebab itulah kita kena berhati-hati dalam berbelanja sebab mmg tak sedar berapa yang dah belanja. Aisshhh, elakkan kay. Catatlah kat buku 555 everytime korang berbelanja. Jgn asyik cocok debit card je!
Selepas selesai urusan berbelanja roughly per month, insyaAllah, bolehlah transfer ke dalam saving account dalam 150-300euro.
At least, save lah 100-150euro, in case anything emergency, and untuk flite ticket balik Malaysia semestinya!!
So, sekarang xda lagi kay alasan kedekut2 lagi. And, janganlah boros pulak, mentang2 baju2, kasut2, gadget2 sgt hebat kat UK, Ireland. Ha! Lagi2 ebay, amazon. Hati2 korang! Jangan asyik sanagt sampai lupa nak save for future. In case, kena resit paper so on, so kita kena prepare! Tidaklah maksud nak doa untuk fail. Who knows? Only Allah. Yang penting kita prepare. Dan Allah tak suka orang yang boros.
"Hai anak Adam! Pakailah perhiasanmu di tiap-tiap masjid; dan makanlah dan minumlah tetapi jangan boros, sebab Allah tidak suka kepada orang-orang yang boros." [al-A'raf: 31]
Elakkan sifat kedekut juga!
“Dan ketahuilah, sesungguhnya harta-hartamu dan anak-anakmu adalah fitnah (ujian/cobaan)
bagimu.” [al-Anfaal: 28]
Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita peroleh!
Apa yang lebih baik ialah merancang!
=)
No comments:
Post a Comment