First week in Galway???

Assalamualaikum w.b.t semua...

Sebaik sahaja kedua kaki melangkah keluar dari Dublin Airport, sudah terasa kesejukannya. Apatah lagi sewaktu kami tiba, hujan mulai renyai beserta angin kuat. Hujan di sini memang tidak sehebat hujan di Malaysia, tetapi kehadiran angin yang kuat boleh menyebabkan sesiapa sahaja menggigil kesejukan.

 
                                                               -Dublin Airport-

Pelajar universiti di Dublin agak beruntung kerana perjalanan mereka sudah hampir ke destinasinya. Namun, bagi pelajar NUI Galway, perjalanan masih agak jauh. Pelajar perlu mengambil bas untuk ke Galway, tambangnya lebih kurang 15euro seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Setibanya di Galway Coach Station, pelajar kemudian perlu menaiki bas lagi untuk ke Student Accomodation. Lazimnya, pelajar Malaysia akan ditempatkan di Dunaras Village. Walaupun agak jauh dari universiti, namun pihak penempatan ada menyediakan Shuttle Bus untuk ke universiti.

        Pada hari pertama, pelajar perlu mendaftarkan diri di universiti. Kemudian, pelajar akan diminta untuk mengisi borang pelepasan Garda*. Borang ini sangat penting semasa permohonan kad Garda nanti. Jika berkesempatan, adalah digalakkan jika pelajar terus ke bank yang berdekatan untuk membuat akaun. Alhamdulillah Galway adalah sebuah bandar yang kecil tetapi lengkap dengan segala kemudahan. Bank yang terletak berdekatan dengan universiti ialah BOI, AIB dan Ulster bank.
Pelajar juga digalakkan untuk membuat akaun bank secepat mungkin kerana pelajar sudah tentu mahu memasukkan Travellers Cheque ke dalam akaun dan masa yang diperlukan untuk pengaktifan akaun adalah lebih kurang seminggu.



                                           -AIB Bank berdekatan universiti-

       Pada minggu pertama ataupun awal minggu kedua, pelajar biasanya akan pergi ke Garda Office untuk memohon Garda Card. Sebenarnya pelajar diberi tempoh sebulan untuk memohon kad ini sebaik sahaja tiba di Ireland. Kad ini sangat penting untuk melepasi imigresen Ireland jika anda ke luar negara. Lazimnya di Galway, pelajar terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan nombor di pejabat Garda disebabkan bilangan nombor yang dikeluarkan adalah terhad dan terpaksa bersaing dengan ramai orang. Ini adalah antara perkara yang sangat tidak best untuk pelajar baru kerana keadaan awal pagi di Ireland terutamanya Galway amat sejuk.

     Biasanya pada minggu pertama, kelas sudah pon bermula. Tapi kebanyakannya hanyalah introduction kepada subjek-subjek tersebut. Lecturers di sini sangat baik dan peramah. Jika ada sebarang kemusykilan boleh tanya straight kepada lecturers. Kebanyakan lecturers pula bukanlah orang Irish. Ada yang Mexican, Scottish, Italian, British, dan banyak lagi negara lain. Jadi, pada mulanya mungkin pelajar perlu membiasakan diri dengan slang mereka yang agak berlainan.

     Pada minggu pertama juga biasanya pelajar akan sibuk shopping barang-barang keperluan yang tidak dapat dibawa daripada Malaysia. Namun, bagi yang tidak berkesempatan tidak perlu risau kerana seniors biasanya akan sentiasa offer duvet cover, cadar, baju sejuk dan lain-lain untuk dipinjam atau dipakai terus. ^^

Itu sahaja setakat ini.
Terima kasih kerana membaca : )

*Polis dipanggil Garda di Ireland

3 comments:

Fifiey Azmi said...

wahhh bestnya!
saya ni pelajar lepasan SPM 2013, tengah tunggu result..

dari kecik, memang bercita2 nak jadi doktor and belajar di ireland..

bestttttt baca blog ni suka sangattttttt >.<

hopefully insyaAllah nanti Allah bagi peluang untuk betul2 melanjutkan pengajian ke Ireland :)

sisfas said...

admin: fifiey azmi ! kami mendoakan awak sukses yer. meh meramaikan mukmin cemerlangg


inshaAllahhh

Rdsouza43 said...


Such a nice blog ,Thank you for sharing.-

It will may help you :-
psychologist in dublin