Selamat datang ke bumi Galway ^^


Assalamualaikum adik-adik. Ada yang ditawarkan ke National University of Ireland, Galway? Kalau adik ditawarkan ke universiti ini, jangan risau dan cuak! Pengalaman dan pembelajaran di sini sangat menyeronokkan dan menarik.

NUI Galway






Galway, merupakan bandar ketiga terbesar di Ireland selepas Dublin dan Cork. Bandarnya kecil dan cukup mendamaikan. Permandangan semulajadi yang cantik dan tenang di Galway menjadikan NUI Galway, satu tempat yang kondusif untuk belajar dan hidup sebagai pelajar.Malah, Corrib River yang mengalir tenang di kawasan universiti, ditambah pula dengan kehadiran swan putih menjadikan pemandangan di sini cukup mempesonakan. Penduduk-penduduk di sini juga cukup terkenal dengan keramahan mereka terutamanya golongan tua. Begitu juga dengan para pelajar dan pensyarah-pensyarah di sini. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menghulurkan pertolongan jika kita memerlukan. Pelajar-pelajar di sini diberikan kemudahan menaiki bas yang disediakan ‘student accommodation’ , atau berjalan kaki untuk ke universiti. Everything is in walking distance in Galway, 
Jika adik-adik mahu merehatkan minda selepas sibuk belajar pada waktu pagi, pantai Salthill yang mendamaikan sedia menanti. Hanya mengambil masa 20-25 minit dari Dunaras dengan berjalan kaki, pantai Salthill tidak pernah menghampakan sesiapa saja yang memandangnya.


Kehidupan pelajar-pelajar di sini juga ringkas dan kos hidup juga rendah. Adik-adik pasti dapat berjimat dan menyimpan wang kerana kos hidup yang rendah di sini. Hubungan sesama pelajar-pelajar Malaysia juga sangat rapat ibarat sebuah keluarga . Jika berjumpa di mana-mana, pasti akan bertegur sapa, atau sekurang-kurangnya bertukar senyuman 
Corrib river



Corrib River yang diselaputi ais ^^

Untuk tahun pertama, semester 1 pengajian , adik2 akan didedahkan kepada subjek:
  1. Anatomy
  2. Physiology
  3. Bichemistry
  4. Pharmacology
  5. Professionalism 1.1
Manakala pada tahun pertama, semester ke-2 pengajian, adik2 akan didedahkan kepada subjek:
  1. Cardiovascular system
  2. Respiratory system
  3. Renal system
  4. Gastrointestinal system
  5. Human nutrition
  6. Professionalism 1.2
Belajar di Galway pula memerlukan adik-adik untuk belajar secara konsisten sejak dari tahun pertama lagi. Ini kerana, markah bagi setiap peperiksaan akan dibawa hingga ke tahun akhir. Pembahagian peratusan mengikut tahun adalah seperti berikut:
Tahun 1=10%
Tahun 2=10%
Tahun 3=20%
Tahun 4=30%
Tahun 5=30%
Oleh itu, adik-adik perlu belajar konsisten dan bersungguh-sungguh sejak tahun pertama lagi untuk memastikan keputusan yang cemerlang apabila mendapat ijazah kelak. Pembelajaran di sini lebih bervariasi dan lebih intergrated. Sejak tahun pertama lagi, adik-adik berpeluang untuk dissect mayat. Setiap minggu adik-adik akan masuk ke dissection room dua kali, 2 jam setiap sesi. Oleh itu, adik-adik akan lebih memahami apa yang adik-adik belajar di dewan kuliah. Namun, mungkin adik-adik akan merasa agak susah pada permulaan untuk mengingati nama-nama bahagian badan, tapi insyaAllah lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih senang. Kan, setiap kesulitan tu akan diiringi kesenangan. Ingat janji Allah. Modul pembelajaran pada semester pertama agak padat berbanding semester kedua pada tahun pertama, namun, itu tidak bermakna adik-adik tidak sempat untuk menyertai apa-apa aktiviti yang diadakan di Galway. Insya Allah, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sini untuk mengeratkan hubungan sesama kita di sini. Pasti pengalaman hidup di sini sangat menyeronokkan.


InsyaAllah, hidup sebagai pelajar di Galway akan menjadikan adik-adik manusia yang lebih baik dan doktor yang hebat. InsyaAllah.


Selamat datang dan menjadi ahli keluarga GALWAY!!! (^_^)





1 comment:

Anonymous said...

Hire the best and fastest HACKERS on the web today. We give you HACKING SERVICES better than any HACKING group you can find in the internet. Our HACKERS are available for 24/7, always ready to attend to you at any time of the day, anywhere in the world.

🟢 There are no limits to what we can do. Don’t be surprised we say this. Hacking isn’t as difficult as it sounds, as so many HACKING equipments(softwares, virus, spyware, Trojan) are made available in the dark web and this has made HACKING very easy to perform. There are different varieties of Hacking Service we offer, such a as-:

▪️Phone📱📲 Hack, cloning & Tracking✔️
▪️Computer 💻 Hacking ✔️
▪️Emails 📧 & Social Media account ✔️Hacks/password recovery✔️
▪️Tracking/Finging People✔️
▪️Raising Money 💰 using (Bitcoin Mining, Money Flip e.t.c)✔️
▪️Tracking Scammers and Spammers.✔️
▪️Recovery of deleted files e.t.c✔️
▪️Scam Money Recovery✔️

🟢If you need hacking services, PYTHONAX are the group you should contact. We have a strong policy that covers our Clients Privacy. We do not ask our Clients Targets and intention for any job given to us, we simply do our job and provide a strong security to Clients so that our services can’t be traced to them.

🟠Payment for our services will only be collected after Customers have certified and confirmed the completion of their job. For no reason do we collect upfront for services. But note that Customers will have to pay for Hacking Equipments if necessary before a job would be done.

🔴Beware of FRAUDSTERS claiming to be HACKERS and ripping people of their money, they saying things and share false testimonies to Attract people and Lure you to them. They are everywhere in the internet and could even be here in this site, be careful of them. We have come across so many of this FRAUDSTERS Victims and some have been lucky to get back what was falsely taken from them.

Below are list of our emails you can contact if you need our services
Email-:
pythonaxhacks@gmail.com
pythonaxservices@gmail.com

PYTHONAX.
2024 © All Right Reserved