Irish Bank!! *Must Read*

Pesanan khidmat masyarakat oleh Nurul Amalina Osman di RCSI, Dublin.

Secara umumnya, untuk membuka bank akaun di Ireland, proses yang diambil memakan masa berminggu-minggu berbanding Malaysia. Maka, anda diminta bersabar sebelum memperolehi kad ATM anda.

Semasa proses pendaftaran, anda dikehendaki membawa dua benda:
  1. Pengesahan Identiti: Passport adalah pilihan utama!
  2. Pengesahan Alamat: Lazimnya pelajar RCSI menggunakan surat 'To Whom It May Concern' daripada pihak universiti.
Selepas proses pendaftaran, anda akan memperolehi nombor akaun anda. Anda juga sudah boleh memasukkan traveller cheque kesayangan anda untuk di bank in ke dalam akaun. Semua perkhidmatan adalah percuma!

Terdapat 3 bank utama di Ireland: Allied Irish Bank (AIB), Ulster Bank dan Bank of Ireland (BOI). Yang mana satukah pilihan hati?

Bank of Ireland (BOI)

Jarang-jarang kita dengar pelajar Malaysia menggunakan BOI. Maka, next!!!

Allied Irish Bank (AIB)

Bank rasmi pelajar-pelajar Malaysia di Ireland.

AIB dikatakan mempunyai perkhidmatan online banking yang termantop. Online banking sudah menjadi keperluan bagi pelajar di sini untuk membayar segala hutang piutang, duit sewa rumah kepada para landlord mahupun menghantar nafkah pulang ke Malaysia. Namun, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar secara berasingan selepas membuka akaun bank. Cara yang saya gunakan ialah menelefon pihak bank sendiri. Jangan risau, pihak bank sangat mesra dan membantu. 

Peringatan!: Bank di Ireland mempunyai kawalan sekuriti yang agak ketat. Maka, anda perlu mengingat beberapa jumlah dan lokasi transaksi terakhir anda untuk mendaftar online banking. Jika tidak, anda mendapati anda terpaksa menyelongkar resit-resit Dunnes pada waktu pegawai AIB menunggu di hujung talian.

Setelah mendaftar, anda akan mendapat Personal Access Code (PAC) khas untuk log in ke online banking andaNamun, penderitaan anda masih belum berakhir. Anda perlu memohon Code Card dari akaun online banking anda dan menunggu berhari-hari sebelum Code Card yang comel lote itu dihantar ke rumah anda. Selepas itu, barulah anda boleh melakukan sebarang transaksi ke dalam mana-mana akaun.

Untuk memohon kad kredit, anda perlu memohon secara berasingan selepas membuka akaun. Hal ini disebabkan kad ATM dan kad kredit AIB adalah dua kad yang berbeza. Kad kredit juga penting kerana kebanyakan transakasi di internet seperti pembelian tiket kapal terbang memerlukan kad kredit. Namun, had kad kredit AIB hanyalah 600 euro. 

Anda juga tidak digalakkan menggunakan kad kredit untuk transaksi yang tak penting saperti pembelian di eBay bimbang terlajak belanja. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak duit buruk padahnya! Anda lebih dinasihatkan menggunakan PayPal untuk transaksi sedemikian.

Ulster Bank

Pelajar Malaysia juga jarang menggunakan Ulster Bank, tetapi populariti Ulster Bank makin meningkat naik disebabkan beberapa faktor.

Faktor yang utama tentunya disebabkan kad ATM dan kad kredit Ulster Bank adalah kad yang sama!! Maka, anda tak perlu bersusah payah mendaftar dua kad berbeza. Malahan, kad kredit Ulster membenarkan transaksi tanpa had (berbanding AIB yang hadnya hanyalah 600 euro). Ini penting kerana kebanyakan tiket kapal terbang pulang ke Malaysia berharga lebih 600 euro.

Sekian sedikit perkongsian. Jika ada kesalahan dan kekurangan boleh tulis di bahagian komen. Semoga adik-adik beroleh manfaat dan berkat. 

6 comments:

Anonymous said...

So AIB ke Ulster yg lebih disyorkan?

Seniorita_Ireland said...

hoho...kami x dapat ape2 komisyen pon klw kami tlg promot ape2 bank..huhu..
tp 4 me AIB make things easier..
vote 4 AIB..huhu...

Amal Asyura said...

Nope..
I would go for Ulster I guess

Anonymous said...

Aiyoo..ada dua mazhab nie..hehe

Anonymous said...

Aiyoo..ada dua mazhab nie..hehe

Anonymous said...

gune lah 2-2... xde slahnye pn..