Welcome to Galway


Assalamualaikum adik-adik. Ada yang ditawarkan ke National University of Ireland, Galway? Kalau adik ditawarkan ke universiti ini, jangan risau dan cuak! Pengalaman dan pembelajaran di sini sangat menyeronokkan dan menarik.

NUI Galway

Galway, merupakan bandar ketiga terbesar di Ireland selepas Dublin dan Cork. Bandarnya kecil dan cukup mendamaikan. Permandangan semulajadi yang cantik dan tenang di Galway menjadikan NUI Galway, satu tempat yang kondusif untuk belajar dan hidup sebagai pelajar. Penduduk-penduduk di sini juga cukup terkenal dengan keramahan mereka terutamanya golongan tua. Begitu juga dengan para pelajar dan pensyarah-pensyarah di sini. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menghulurkan pertolongan jika kita memerlukan. Malah, pelajar-pelajar di sini hanya berjalan kaki dan mengayuh basikal untuk ke universiti. Sekurang-kurangnya, dapat juga bersenam setiap hari..

Kehidupan pelajar-pelajar di sini juga ringkas dan kos hidup juga rendah. Adik-adik pasti dapat berjimat dan menyimpan wang kerana kos hidup yang rendah di sini. Hubungan sesama pelajar-pelajar Malaysia juga sangat rapat ibarat sebuah keluarga disebabkan komuniti Malaysia yang kecil di sini. Jika berjumpa di mana-mana, pasti akan bertegur sapa.
Corrib river

Belajar di Galway pula memerlukan adik-adik untuk belajar secara konsisten sejak dari tahun pertama lagi. Ini kerana, markah bagi setiap peperiksaan akan dibawa hingga ke tahun akhir. Pembahagian peratusan mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun 1=10%
Tahun 2=10%
Tahun 3=20%
Tahun 4=30%
Tahun 5=30%
Oleh itu, adik-adik perlu belajar konsisten dan bersungguh-sungguh sejak tahun pertama lagi untuk memastikan keputusan yang cemerlang apabila mendapat ijawah kelak. Pembelajaran di sini lebih bervariasi dan lebih intergrated. Sejak tahun pertama lagi, adik-adik berpeluang untuk dissect mayat. Setiap minggu adik-adik akan masuk ke dissection room dua kali, 2 jam setiap sesi. Oleh itu, adik-adik akan lebih memahami apa yang adik-adik belajar di dewan kuliah. Namun, mungkin adik-adik akan merasa agak susah pada permulaan untuk mengingati nama-nama bahagian badan, tapi insyaAllah lama-kelamaann, ia akan menjadi lebih senang. Kan, setiap kesulitan tu akan diiringi kesengan. Ingat janji Allah. Modul pembelajaran pada semester pertama agak padat berbanding semester kedua pada tahun pertama, namun, itu tidak bermakna adik-adik tidak sempat untuk menyertai apa-apa aktiviti yang diadakan di galway. Insya Allah, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sini untuk mengeratkan hubungan sesama kita di sini. Pasti pengalaman hidup di sini sangat menyeronokkan.

InsyaAllah, hidup sebagai pelajar di Galway akan menjadikan adik-adik manusia yang lebih baik dan doctor yang hebat. InsyaAllah.

salthill di kala senja

Selamat datang dan menjadi ahli keluarga GALWAY!!! (^_^)

No comments: