First week in Galway???

Assalamualaikum w.b.t semua...

Sebaik sahaja kedua kaki melangkah keluar dari Dublin Airport, sudah terasa kesejukannya. Apatah lagi sewaktu kami tiba, hujan mulai renyai beserta angin kuat. Hujan di sini memang tidak sehebat hujan di Malaysia, tetapi kehadiran angin yang kuat boleh menyebabkan sesiapa sahaja menggigil kesejukan.

 
                                                               -Dublin Airport-

Pelajar universiti di Dublin agak beruntung kerana perjalanan mereka sudah hampir ke destinasinya. Namun, bagi pelajar NUI Galway, perjalanan masih agak jauh. Pelajar perlu mengambil bas untuk ke Galway, tambangnya lebih kurang 15euro seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Setibanya di Galway Coach Station, pelajar kemudian perlu menaiki bas lagi untuk ke Student Accomodation. Lazimnya, pelajar Malaysia akan ditempatkan di Dunaras Village. Walaupun agak jauh dari universiti, namun pihak penempatan ada menyediakan Shuttle Bus untuk ke universiti.

        Pada hari pertama, pelajar perlu mendaftarkan diri di universiti. Kemudian, pelajar akan diminta untuk mengisi borang pelepasan Garda*. Borang ini sangat penting semasa permohonan kad Garda nanti. Jika berkesempatan, adalah digalakkan jika pelajar terus ke bank yang berdekatan untuk membuat akaun. Alhamdulillah Galway adalah sebuah bandar yang kecil tetapi lengkap dengan segala kemudahan. Bank yang terletak berdekatan dengan universiti ialah BOI, AIB dan Ulster bank.
Pelajar juga digalakkan untuk membuat akaun bank secepat mungkin kerana pelajar sudah tentu mahu memasukkan Travellers Cheque ke dalam akaun dan masa yang diperlukan untuk pengaktifan akaun adalah lebih kurang seminggu.



                                           -AIB Bank berdekatan universiti-

       Pada minggu pertama ataupun awal minggu kedua, pelajar biasanya akan pergi ke Garda Office untuk memohon Garda Card. Sebenarnya pelajar diberi tempoh sebulan untuk memohon kad ini sebaik sahaja tiba di Ireland. Kad ini sangat penting untuk melepasi imigresen Ireland jika anda ke luar negara. Lazimnya di Galway, pelajar terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan nombor di pejabat Garda disebabkan bilangan nombor yang dikeluarkan adalah terhad dan terpaksa bersaing dengan ramai orang. Ini adalah antara perkara yang sangat tidak best untuk pelajar baru kerana keadaan awal pagi di Ireland terutamanya Galway amat sejuk.

     Biasanya pada minggu pertama, kelas sudah pon bermula. Tapi kebanyakannya hanyalah introduction kepada subjek-subjek tersebut. Lecturers di sini sangat baik dan peramah. Jika ada sebarang kemusykilan boleh tanya straight kepada lecturers. Kebanyakan lecturers pula bukanlah orang Irish. Ada yang Mexican, Scottish, Italian, British, dan banyak lagi negara lain. Jadi, pada mulanya mungkin pelajar perlu membiasakan diri dengan slang mereka yang agak berlainan.

     Pada minggu pertama juga biasanya pelajar akan sibuk shopping barang-barang keperluan yang tidak dapat dibawa daripada Malaysia. Namun, bagi yang tidak berkesempatan tidak perlu risau kerana seniors biasanya akan sentiasa offer duvet cover, cadar, baju sejuk dan lain-lain untuk dipinjam atau dipakai terus. ^^

Itu sahaja setakat ini.
Terima kasih kerana membaca : )

*Polis dipanggil Garda di Ireland

Selamat datang ke bumi Galway ^^


Assalamualaikum adik-adik. Ada yang ditawarkan ke National University of Ireland, Galway? Kalau adik ditawarkan ke universiti ini, jangan risau dan cuak! Pengalaman dan pembelajaran di sini sangat menyeronokkan dan menarik.

NUI Galway






Galway, merupakan bandar ketiga terbesar di Ireland selepas Dublin dan Cork. Bandarnya kecil dan cukup mendamaikan. Permandangan semulajadi yang cantik dan tenang di Galway menjadikan NUI Galway, satu tempat yang kondusif untuk belajar dan hidup sebagai pelajar.Malah, Corrib River yang mengalir tenang di kawasan universiti, ditambah pula dengan kehadiran swan putih menjadikan pemandangan di sini cukup mempesonakan. Penduduk-penduduk di sini juga cukup terkenal dengan keramahan mereka terutamanya golongan tua. Begitu juga dengan para pelajar dan pensyarah-pensyarah di sini. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menghulurkan pertolongan jika kita memerlukan. Pelajar-pelajar di sini diberikan kemudahan menaiki bas yang disediakan ‘student accommodation’ , atau berjalan kaki untuk ke universiti. Everything is in walking distance in Galway, 
Jika adik-adik mahu merehatkan minda selepas sibuk belajar pada waktu pagi, pantai Salthill yang mendamaikan sedia menanti. Hanya mengambil masa 20-25 minit dari Dunaras dengan berjalan kaki, pantai Salthill tidak pernah menghampakan sesiapa saja yang memandangnya.


Kehidupan pelajar-pelajar di sini juga ringkas dan kos hidup juga rendah. Adik-adik pasti dapat berjimat dan menyimpan wang kerana kos hidup yang rendah di sini. Hubungan sesama pelajar-pelajar Malaysia juga sangat rapat ibarat sebuah keluarga . Jika berjumpa di mana-mana, pasti akan bertegur sapa, atau sekurang-kurangnya bertukar senyuman 
Corrib river



Corrib River yang diselaputi ais ^^

Untuk tahun pertama, semester 1 pengajian , adik2 akan didedahkan kepada subjek:
  1. Anatomy
  2. Physiology
  3. Bichemistry
  4. Pharmacology
  5. Professionalism 1.1
Manakala pada tahun pertama, semester ke-2 pengajian, adik2 akan didedahkan kepada subjek:
  1. Cardiovascular system
  2. Respiratory system
  3. Renal system
  4. Gastrointestinal system
  5. Human nutrition
  6. Professionalism 1.2
Belajar di Galway pula memerlukan adik-adik untuk belajar secara konsisten sejak dari tahun pertama lagi. Ini kerana, markah bagi setiap peperiksaan akan dibawa hingga ke tahun akhir. Pembahagian peratusan mengikut tahun adalah seperti berikut:
Tahun 1=10%
Tahun 2=10%
Tahun 3=20%
Tahun 4=30%
Tahun 5=30%
Oleh itu, adik-adik perlu belajar konsisten dan bersungguh-sungguh sejak tahun pertama lagi untuk memastikan keputusan yang cemerlang apabila mendapat ijazah kelak. Pembelajaran di sini lebih bervariasi dan lebih intergrated. Sejak tahun pertama lagi, adik-adik berpeluang untuk dissect mayat. Setiap minggu adik-adik akan masuk ke dissection room dua kali, 2 jam setiap sesi. Oleh itu, adik-adik akan lebih memahami apa yang adik-adik belajar di dewan kuliah. Namun, mungkin adik-adik akan merasa agak susah pada permulaan untuk mengingati nama-nama bahagian badan, tapi insyaAllah lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih senang. Kan, setiap kesulitan tu akan diiringi kesenangan. Ingat janji Allah. Modul pembelajaran pada semester pertama agak padat berbanding semester kedua pada tahun pertama, namun, itu tidak bermakna adik-adik tidak sempat untuk menyertai apa-apa aktiviti yang diadakan di Galway. Insya Allah, banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sini untuk mengeratkan hubungan sesama kita di sini. Pasti pengalaman hidup di sini sangat menyeronokkan.


InsyaAllah, hidup sebagai pelajar di Galway akan menjadikan adik-adik manusia yang lebih baik dan doktor yang hebat. InsyaAllah.


Selamat datang dan menjadi ahli keluarga GALWAY!!! (^_^)





UCD, electives?

ELECTIVES??

please jangan cuak bile bace tajuk di ats..huu..lek2..ok, specialny di ucd adalah kita diwajibkan utk mengambil AT LEAST one elective for each semester.if mampu nak bwk 2 or more boleh, ad batch kitorng bwk dua sekali terus, so that will gt one sem die xyah amik electives dah nnt..if brkemampuan boleh try =) Bila ditanya penting tak akak electives ni??? Personally i wuld say YES my dear..=) electives ni akan membantu menaikkan pointer kita, so can be simply said...SAME PENTING dgn core subject.So, pls buat betul2 okeh!..=)

Here i list out few electives yang menjadi kegemaran kanak2 msia di UCD.

Languanges
chinese
japanese
italiano
spainish
arabic
france
(mgkin ad few lagi..tp igt ni je..hehehe..nnt ley try personal survey2 ngn senior mn lg best..=)

Maths!! - kena ad calculator yg  cm zmn spm dahulu kala (KMBIANS,NO GDC PLEASE!diharamkan same sekali)
matric vector -PLEASE LA AMIK NI!huhu..tmbah2 for dak2 kmb yg dah ad basic..seriusly lg senang dari kmb ny module!..=)
calculus
algebra - seniors cm melarang utk amik ni.susah kateny.
differentiation/integration
(igt ni je..huhu..ni pun bukan full name tauu..maafin ats igtan yg tidak seberapa ini)

Food Science - seniors ckp ni senang gak, die mmg cm byk bace, tp soalan shall be fine iAllah..=)

personal suggestion
kalau boleh plan betul2 nak amik ape, i prefer u guys take th light one during tougher semester..bile pulun amik elective yg senang di awl2 persekolahan, nnt last2 tgal elective yg susah, disertai dgn core subject yg semakin meningkat semester, semakin heavy..ad yg prefer amik languange sebab exam selalu di awl2, so xkan clash dgn paper lain, dpat la nk focus on core subject..wutver it is, pls ask for more petua2 dari akk2 ni=)

with love,
sis ucd

UCD, money management $$$

MONEY MANAGEMENT

-elaun sara hidup sebulan is..935 euro..if mara akan masuk monthly, for jpa ikut sem terus..
-utk hall  530 eu for belgrove/merville per month, tapi akan byr ikut sem..so kena pndai2 bajet duit
(if based on pengalaman kami, time pertengahan winter dlm bulan jan cmtu adalah waktu paling kritikal sbb by the time kita nak kne bayar duit ruumah, tapi duit mara akan masuk sedikit lewat..so pls make sure plan duit adik2..xpun..ley pnjam seniors dlu ye dak?kih2..iAllah akan bantu sedaya yang mampu..=)
-if dduk di hall 530 tu comprised segala..letric etc
-basuh baju di laundry yg disediakan..sekali masuk mesin:4.50 eu(3 eu for washer machine+1.50 eu for dryer) - kat sane jarang sidai2 baju ni..lambat kering.gune dryer paling pantas dan mudah!

*Reminder kepada PMC-ians, pls kalau boleh stat saving money dari awl kedatangan ke dublin(nnt di sane akk2 akan bantu camne nak buat saving online ni..tiap2 bulan secara automatik duit kita akan ditolak dari simpanan dan dimasukkan ke accnt saving online, depends on jumlah yang kita tetapkan berapa stiap bulan..best kan?.dun wori okeh..akk2 ni ad utk mmbantu.hehe)

pesanan dari senior2 yang dah pulang ke PMC, for the 1st few months di sane, kita akan sgt2 butuhkan wang, sbb duit mara akan lambat masuk 3 4 bulan camtu, plus utk sape2 yang plan nk beli kete utk digunakan di penang kelak, stat la kumpul2 duit sekarang ye..ad senior berjaya mengumpulkan 4000 eu = rm12000 bile pulang ke PMC..=)

nasihat dari mereka: tak perlu utk nak save smp byk amat tiap2 bulan..nnt tkt end up duit mkn,sewa rumah pn x ckup.last2 kne korek balik saving account..memadai dgn 70-100 eu sebulan, asalkan konsisten, xde nak korek2 balik.huhu..all depends on bajet kita cmne..tp iAllah yang mara/jpa kasi dah more than enuf utk survive di sini..x penah pulak dgr lagi ad yg x dpt mkn sbb x ckup duit..alhamdulillah..cume pls bear in mind..kesederhaan itu perlu, jgn lah smp shopping x igt dunia..kih2..=

with love,
sis ucd

UCD, checklist?!

CHECK-LIST

  • Barang dapo@masak2..=)

paling kritikal (bnd yang xde di ireland@mahal skit)
kiub2 pati ayam,tomyam,sup dan seangkatan dgny..segala jenis kiub/paste/perencah la..senang cite..hehe
segala rempah ratus yang bertanggung jawab dalam pembuatan kari,gulai,kurma,masak lemak dll..termasuk la kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan seangkatan denganny..=)
cili kering(kat sane cili kering cam amat pedas skit.huhu), ikan bilis dll
(semua mengikut citarasa adik nak masak ap kat sane..boleh je nak tambah ap2 lagi.huhu)


  • Pakaian@Brg2 Lain??

-at least bwk 2 baju formal@baju kurung@jubah utk dipki if ad event ap2 cam open house ke,majlis2 islamic society ke..(akk bawak 3 baju kurung sbb nak salin2 plus boleh pki ke kelas..bessst tau pki baju kurung g clas..rs cm berbangga kejap mnjadi anak muslim,melayu, sbg golongan minoriti di sane..cewahh..ok, ini iklan smata!.huhu)
-baju2 casual lain bwk la skit..bape?brsesuaian dgn citarase msg2 as long as muat beg masing2, jgn lebih berat!..=)
-baju sejuk dan segala jenis coat2 winter MOHON DIBELI DI SANE OK!why??
mahal skit
lagi byk pilihan
mgkin akan ade jumbo sale, penjualan senior2 ny coat yg super muraaahhh!
ad boxing day, ley shopping gakk..time tu akan ad Perhimpunan Musim Sejuk(PMS) as well di UK..boleh la kita ramai2 smbiL berPMS smbil2 shopping di sane.serius murah dari ireland..kih2
tshirt2 nk pki kt rumah cam bj tdo tu..xyah la bwk byk..skit udahhh..tgk2 nnt kt ireland byk lagi yg brkenan di hati.wee
KOMPAS!WAJIB BWK SUMEE!..-kita akan bersama2 solat di merata tempat..serius, pengalaman yg sangaaat menarik..terharu berada di bumi asing ini..1001 pengalaman yg xkan kalian lupakan.SERIUS!..experienced 1st, then u shuld noee =)
ps/terigt last year, nak solat maghrib, gara2 nak merasa solat ats snow yg tebal amat, sangup solat di luar rumah..hihi..padahal depan pntu je pun; sepatutny tgkap gbr masuk dlm salam perantau nieee!=p

If can time nk fly ni dh siap2 pki /bwk kasut brtutup kott, sbb dublin selalu hujaaan! kalau boleh yg water-proof lagi better.hee
Time nk fly nnt at least pki bajut kot mara+bwk satu sweater..mgkin smp2 nnt trkjut skit sbb sejuk..nw xde la sejuk smp ke tulang lagi..masih boleh survive dgn hny jaket mara n sweater..kalau boleh bwk siap2 sweater yg hoody eh..as i said dublin selalu hujan.kat sini dak msian jarang pki payung, angin dublin kadang2 super dasyat, mmpu mematahkan payung2 di jalanan..so sweater/baju hujan is much more practical

AMARAN KERAS!!
Tak perlu susah2 nk angkut kuali, periuk belanga, batu lesung yang berat amat(andai kate nak bwk jugak pndai2 la bajet berat beg eh..=), kettle, beras seguni besar..beli je kat sane..if dduk dekat hall akan disediakan:
-kettle
-toaster
-oven/microwave
-fridge
So, kitorang ad cm bwk mini-rice cooker je dari msia..tu pun dah 4-7kg dah berat..huhu 
Back-up masak2 once awl2 di dublin nnt:
secupak beras
lauk segera dgn hanya perlu panaskan.hee.cam paket2 brahims ke..skit je.=)

InshaAllah mmpu survive smentara kita ramai2 g shopping for brg2 dapo few days later =)

with love,
sis ucd

UCD, perkakas sekolah. yeay!!

PERKAKAS SEKOLAH



  1. Gloves/Labcoat/Dissectio Kit - For dissection/biochem lab
  2. Pensel Warna - as been mentioned before, untuk 1st sem akan kena lukis/color2 segala mcm cell/tissue dengn sangat dasyat..suggest to buy yg 24 btg..xkisah faber castle/luna..ikt citarasa masing2..=)
  3. Alatulis - better utk beli di msia siap2 sbb kt sane mgkin sedikit mahal, plus xde byk choice punn..if kt msia kita dah biase guna pen2 fav..kat sane yg biase kita guna is pen pilot je la yg ade..yg lain sume pen diorang..hee
  4. Calculator spm - for those yg ad plan nk amik math sbg elective/1st few biochem lab perlukan sedikit pengiraan juga.tp leh je nk pnjam2..kalau rs berat nk bwk calculator.huhu


ps/utk dissection kit akk cam x suggest sgt utk beli sbb xde la guna sangat pun.boleh je nak pnjam dekat senior2 ni..dan ad je few seniors yg purposedly open another bank account at bank of ireland(BOI) untuk nak claim dissection kit.hehe..sbb once kita bkak accnt dekat BOI, kta ley claim stetoscope(xkan gune lagi) or dissection kit..=)


with love,
sis ucd

UCD, recommended books.

RECOMMENDED BOOKS (buka sekadar recommend, tp nak katanye WAJIB! beli..huhu)

Histology
Wheather’s Functional Histology by Young Barbara
-sangat2 digunakan sepanjang tahun pertama dan kedua
-banyak gmbar2 and explaination as well.
-paling kritikal digunakan time 1st sem sebab kena lukis and kaler2 based on microscopic picture.huhu

Physiology
Vander’s Human Physiology by Eric P.Widmaier, Hershel, Kevin T.Strang
-buku ni bahasa die sangat mudah difahami.best amat!tapi maha tebal..hihi
-akan banyak digunakan sepanjang tahun..(buku akak dah hancur abes coz brought it time winter last year semase sedang exam..basah kne hujann..pls handle with care bku ini.=p)

Embryology
Langman’s Medical Embryology by Sadler, Thomas Williams
-useful as well, explaination mantap..tapi if akk ditanya personally, akan ad satu lagi buku yang lagi best dan mudah difahami which is Before We Are Born..buku ni ad kat library UCD..sangat2 la laris dikalangan Msian..nnt kat sane in case utk dapatkan buku camni kena selalu main2 reserve books online..more secure.huhu..tapi ap2 pun kena ad tau buku langman’s ni..x selaluny kita ley dapat buku yang BWAB ni..huhu..=)

Biochemistry
For biochemistry, gt few useful books actually. 2 recommended books, can be either:

Priniciple of Medical Biochemistry by Gerard Meisenberg, William H.Simmons
-msian ramai gune bku ni..=)

Lippincott’s Biochemistry
Still, for me personally..akan ad satu lagi buku yg best amat utk dipnjam di library..x igt publisher ny, tapi most of the illustration dalam lec notes ad dlm ni..senang difaham juga..ap2 pun dpends on lecturer anyway, ad yang notes based on meisenberg..ad yang from buku best ni.hehe..nnt akk ley recommend kt dublin yep..=)

Anatomy
Ok, for anatomy ad few option nak beli buku jenis macam mane.
For explaination/reading:

Clinical Oriented Anatomy by Keith L.Moore, Arthur F.Dalley - mama version(tebal), good for extra reading.
Clinical Moore by Keith L.Moore, Anne M.R Agur - baby version coz it is more simplified, very useful during exam
Grays Anatomy for Student:versi yang reading nye..not atlas - akk ad softcopy kalau sape2 nak..=)

For atlas/visualization:
Atlas of Human Anatomy by Frank Henry Netter
Grays Atlas of Anatomy by Richard L.Drake
- sgt2 useful for better understanding and visualization of structure.untuk atlas akan ad banyak je kat library...akk cam lagi suke atlas grays,my personal preferencs..hee..mgkin lain org, lain citarsa..=)

with love,
sis ucd

RCSI, registration DAY!!

Hari pertama anda di RCSI adalah hari pendaftaran  Lectures akan bermula keesokan harinya. Dimulakan dengan sesi alu-aluan dan taklimat oleh professors dan admin officers , freshers kemudian akan dibahagikan ke dalam kumpulan dan mengikut buddies masing-masing untuk tour around the college, library, cafĂ©, gym, prayer rooms etc. 

Lunch packs are provided for the freshers on that day. Sesi pendaftaran yang sebenarnya berlangsung di exam hall selepas lunchtime. Anda akan bergerak dari satu booth ke satu booth yang lain, dan semuanya akan selesai dengan pantas tanpa sebarang masalah. InshaAllah :D

 My personal advice is to keep all the important documents (financial affidavit from sponsor, passport, college offer letter, medical form, passport photos, letter of good conduct etc) and their copies in a clear folder to make things smooth during registration. 

Setelah berdaftar dan menerima RCSI student ID, anda akan turun ke basement untuk mengambil laptop masing-masing. Beg laptop akan diberikan. Cuma sesiapa yang mudah sakit bahu dan badan, anda digalakkan membeli sendiri beg laptop jenis backpack dari Malaysia. Heheh  

Sebelum meninggalkan RCSI pada hari pertama ini, pastikan anda telah test dan setup beberapa perkara yang perlu di dalam laptop. 

Wakil-wakil bank turut datang memeriahkan suasana di kolej pada hari itu. Heheh. Keadaan dalam tutorial room di mana freshers membuka akaun bank dan membuat students travel card agak sesak.  Terpulang lah kepada citarasa masing-masing untuk memilih service bank yang mana. Again, my personal advice is to apply for credit card and internet banking to make your life easier later :D 

Barang-barang extra yang perlu dibawak (https://docs.google.com/document/d/1CESCQFT-00nCRAHZwhSslITFCXg_UV7tHbpRohSRW68/edit?pli=1) hmm dari list ni kte rasa winter coat, long john/thermal wear, cadar selimut, rice cooker,  tak payah! sebab boleh beli sana huhu…highlightkan gadgets mcm camera, smart phone and accessories mmg mahal, stationaries jgk so beli kt Malaysia, telekung bwk dua..


with love,
sis shahida fauzi,
2nd Year RCSI, Dublin.

RCSI, apakah?!!

Assalamualaikum wbt.

Coretan serba sedikit tentang kolej terchenta, RCSI. Ada yang jika ditanya sebab mengapa memilih RCSI, menjawab sebab namanya gah (highlighted: ROYAL); lagi kerana RCSI adalah sebuah kolej private; lokasinya  yang strategik di tengah-tengah bandar Dublin. Namun, bagi saya sendiri yang telah setahun menghabiskan masa, berjuang usaha di sini, sebab yang paling dekat di hati adalah di kolej inilah saya yakin adanya pembinaan individu-individu Muslim,  saya sangat yakin kita pelajar Malaysia dididik bukan sahaja untuk menjadi seorang dokter professional, tapi environment di RCSI dan Dublin sendiri mampu membentuk kita  menjadi hamba dan khalifahNya yang sebenar.

 Berkenaan sistem akademik dan pengajaran di RCSI. Medium utama adalah MOODLE. Setiap pelajar baru akan diberikan laptop (model HP 620 for the past couple of years), email address dan password masing-masing pada hari pendaftaran. 

MOODLE is used by RCSI students mainly to ?? 
(1) Download lecture notes  
(2) Keep updated of what’s happening in the college 
(3) Gain access to anatomy dissection video, histology online tutorial 
(4) Upload assignments 
(5) Send email to admin, lecturers to ask questions. 

Bagi pelajar 1st Year Med, anda akan didaftarkan sebagai Junior Cycle 1 (JC1) student bagi semester Oct –Dis dan JC2 student bagi semester Feb-May. Lecture notes dan anatomy practicals akan dikhatamkan  dalam masa 12 minggu bagi setiap semester.

Berbeza dengan uni lain di Dublin yang belajar each subject individually and separately (Anatomy, Physiology, Pharmacology, Biochemistry etc),  kita di RCSI menggunakan sistem integrated module. Segala subject matters akan dipelajari dalam satu module. Contoh terdapat 6 modules bagi pelajar –pelajar JC1. Salah satunya  adalah Neuromuscular (NM) module. Anda akan belajar Anatomy of Lower Limb, Physiology of Neuromuscular Junction dan Pharmacology of Autonomic Nervous System dalam module NM ini. 

Kelebihan utama kita menggunakan system integrated modules ini adalah lecture notes akan disediakan dan diupload di MOODLE sehari sebelum lecture. Terpulanglah kepada kita to print out these notes atau cuma download and save di dalam laptop, tablet atau ipad masing-masing. (link to barang perlu dibawa). Lecture notes RCSI sangatlah mantap (not to mention banyak! Well what do u expect? We’re in med school :P ) dan cukup membantu kita mengejar first class honour  bagi setiap module. 

Oleh sebab itu, buku wajib yang harus dibeli oleh 1st Med student hanyalah

 Clinical Anatomy 2nd Edition (author Stanley Monkhouse). 



Recommended textbooks yang lain adalah  
(1) Langman’s Medical Embryology 12th Edition (author: T.W. Sadler)
(2) Gray’s Anatomy for Students  
(3) Lippincott’s Illustrated Reviews Biochemistry 4th Edition. 

Untuk makluman, recommended textbooks banyak disediakan di library. Terdapat jugak di dalam format E-Books. Jadi, gunakanlah elaun buku anda untuk keperluan yang lain ;)

with love,
sis shahida fauzi,
2nd Year RCSI, Dublin.

National University Of Ireland, Galway

Assalamualaikum w.b.t to all...


 




  • NUIG is the Ireland's top university for student retention- Sunday Times 2011
  •  Ireland's top university for graduate employability with 96% of graduates employed or in further study within six months of graduating.
  • NUIG was awarded QS Five Stars Rating in 2012.
  • International Students comprise 12% of the entire student body at NUIG. NUIG have many years experience welcoming students from countries around the world and have developed a range of support services to help international students adapt to studying and living Ireland.

FACILITIES
  • Study facilities : 
  • The James Hardiman Library is the main University Library and is right at the heart of the campus. We also have a dedicated Medical Library which is located off-campus, in the Clinical Sciences Institute in the nearby University College Hospital.
  • The University Bookshop is located in the basement of the Library Building. Any prescribed texts that you need for your NUI Galway courses will be available here, together with a range of lighter reading material.
  • The Students' Union also operate a year-round online second-hand bookshop on their website.
  • Sport facilities :
  • NUI Galway's new 6,500 sq ft sports complex on the University campus is ideally located for all students as a meeting point for sports activity.
    The complex includes:
    • A six-lane, 25 metre swimming pool, with a moveable floor (international competition standard)
    • Dedicated squash and racquetball courts
    • A National League basketball arena and sports hall with bleacher seating for over 600 spectators
    • A 100-piece cardiovascular gym with 35 pieces of resistance equipment
    • A dedicated elite training gym
    • Two fitness studios, suitable for aerobic training
    • A competition-style climbing wall
    • Saunas and a steam room
  • The are two prayer rooms available; one is located in the main campus and the one in the Clinical Science Institute.


Course
Medicine is the main course of choice among Malaysian Students. Starting from last year, there are about 250 medical students for each batch, with an average of 60 Malaysian students.


Accommodation

There are 10 student accommodations available for NUI Galway students. Most of the years, first year Malaysian students are being placed in Dunaras Village and Atlantis Apartment.
Dunaras Village is situated within 20-25 minutes walking distance from the campus while Atlantis Apartment is less than 10 minutes walking distance. Buses to the campus are provided.
All Malaysian students will move out and rent a house nearer to campus and hospital after a year.


Halal Food
Mediteranean shop (known as 'Pak Mat') and Aroma store are the only two halal stores near to Malaysian community. The price is affordable. Malaysian foods are also available in those stores such as maggi, habhal soy sauce, maggi chilli sauce, milo and etc. Raw ingredients to cook Malaysian foods are also available. These includes green chillies, lemon grass, coconut milk, basmati rice and more.



Where to go for shopping?

Here, many available supermarkets, such as Dunnes located near the student accommodation, thus making it easier for students to buy groceries.

Shop street in Eyre Square are also giving you more choices for shopping, from personal stuffs, to Asian food are also available.

Malaysian Community

There is approximately 150 Malaysians including undergraduates and post graduates.


What to Prepare

All important documents! Especially :
  • Passport
  • Offer Letter from University
  • Letter of Good Conduct