Irish Bank!! *Must Read*

Pesanan khidmat masyarakat oleh Nurul Amalina Osman di RCSI, Dublin.

Secara umumnya, untuk membuka bank akaun di Ireland, proses yang diambil memakan masa berminggu-minggu berbanding Malaysia. Maka, anda diminta bersabar sebelum memperolehi kad ATM anda.

Semasa proses pendaftaran, anda dikehendaki membawa dua benda:
  1. Pengesahan Identiti: Passport adalah pilihan utama!
  2. Pengesahan Alamat: Lazimnya pelajar RCSI menggunakan surat 'To Whom It May Concern' daripada pihak universiti.
Selepas proses pendaftaran, anda akan memperolehi nombor akaun anda. Anda juga sudah boleh memasukkan traveller cheque kesayangan anda untuk di bank in ke dalam akaun. Semua perkhidmatan adalah percuma!

Terdapat 3 bank utama di Ireland: Allied Irish Bank (AIB), Ulster Bank dan Bank of Ireland (BOI). Yang mana satukah pilihan hati?

Bank of Ireland (BOI)

Jarang-jarang kita dengar pelajar Malaysia menggunakan BOI. Maka, next!!!

Allied Irish Bank (AIB)

Bank rasmi pelajar-pelajar Malaysia di Ireland.

AIB dikatakan mempunyai perkhidmatan online banking yang termantop. Online banking sudah menjadi keperluan bagi pelajar di sini untuk membayar segala hutang piutang, duit sewa rumah kepada para landlord mahupun menghantar nafkah pulang ke Malaysia. Namun, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar secara berasingan selepas membuka akaun bank. Cara yang saya gunakan ialah menelefon pihak bank sendiri. Jangan risau, pihak bank sangat mesra dan membantu. 

Peringatan!: Bank di Ireland mempunyai kawalan sekuriti yang agak ketat. Maka, anda perlu mengingat beberapa jumlah dan lokasi transaksi terakhir anda untuk mendaftar online banking. Jika tidak, anda mendapati anda terpaksa menyelongkar resit-resit Dunnes pada waktu pegawai AIB menunggu di hujung talian.

Setelah mendaftar, anda akan mendapat Personal Access Code (PAC) khas untuk log in ke online banking andaNamun, penderitaan anda masih belum berakhir. Anda perlu memohon Code Card dari akaun online banking anda dan menunggu berhari-hari sebelum Code Card yang comel lote itu dihantar ke rumah anda. Selepas itu, barulah anda boleh melakukan sebarang transaksi ke dalam mana-mana akaun.

Untuk memohon kad kredit, anda perlu memohon secara berasingan selepas membuka akaun. Hal ini disebabkan kad ATM dan kad kredit AIB adalah dua kad yang berbeza. Kad kredit juga penting kerana kebanyakan transakasi di internet seperti pembelian tiket kapal terbang memerlukan kad kredit. Namun, had kad kredit AIB hanyalah 600 euro. 

Anda juga tidak digalakkan menggunakan kad kredit untuk transaksi yang tak penting saperti pembelian di eBay bimbang terlajak belanja. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak duit buruk padahnya! Anda lebih dinasihatkan menggunakan PayPal untuk transaksi sedemikian.

Ulster Bank

Pelajar Malaysia juga jarang menggunakan Ulster Bank, tetapi populariti Ulster Bank makin meningkat naik disebabkan beberapa faktor.

Faktor yang utama tentunya disebabkan kad ATM dan kad kredit Ulster Bank adalah kad yang sama!! Maka, anda tak perlu bersusah payah mendaftar dua kad berbeza. Malahan, kad kredit Ulster membenarkan transaksi tanpa had (berbanding AIB yang hadnya hanyalah 600 euro). Ini penting kerana kebanyakan tiket kapal terbang pulang ke Malaysia berharga lebih 600 euro.

Sekian sedikit perkongsian. Jika ada kesalahan dan kekurangan boleh tulis di bahagian komen. Semoga adik-adik beroleh manfaat dan berkat. 

RCSI Academic Matters



kredit to miss farida..


Bercerita mengenai RCSI, pasti adik-adik tertanya-tanya bagaimana sistem akademik yang bakal ditempuhi untuk tempoh 5 tahun atau 6 tahun akan datang.InsyaAllah pastinya pengalaman menarik bakal menati adik-adik. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, jadi jom kita sama-sama pakat kenal mcm mana ek sistem pembelajaran di RCSI.  

Secara keseluruhan, sistem pembelajaran di RCSI terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
Junior Cycle 
·  Junior Cycle 1
·  Junior Cycle 2
·  Junior Cycle 3                 
    Intermediate Cycle 
·  Intermediate Cycle 1
·  Intermediate Cycle 2
·  Intermediate Cycle 3
    Senior Cycle
·  Senior Cycle 1
·  Senior Cycle 2 

Menarik kan? Untuk tahun pertama ni, adik-adik bakal melalui Junior Cycle 1 (September-Januari) dan Junior Cycle 2 (Februari-Jun). InsyaAllah kelas adik-adik di bangunan utama RCSI dan kebiasaannya kelas berlangsung selama  3-4 jam bergantung kepada jadual setiap individu. InsyaAllah tahun pertama di RCSI tak lah begitu padat untuk adik-adik menyesuaikan diri. 

Skarang ni, kite bercerita dulu tentang Junior Cycle ek..
Ok, nak tau apa adik-adik bakal belajar? 
Untuk Junior Cycle 1, subjek2 nya ialah
 Modul 1: Neuromuscular (NM)  
 Modul 2: Haematology and Immune System (HIS) 
 Modul 3: Alimentary System (AS) 
 Modul 4: Concepts and Principle in Biomedicine (CPB)  
 Modul 5: Health, Behaviour and Society 1 (HBS 1)       
 Modul 6: Clinical Competencies (CC) 

Ok, kite cite lak sal Junior Cycle 2, subjek2nya pula ialah
 Modul 7& 8:  Cardiorespiratory (CVR)
     Modul 9: Genitourinary and Endocrine (GE)
     Modul 10: Molecular Medicine (MM)
     Modul 11: Health, Behaviour and Society 2 (HBS 2)
     Modul 12: Clinical competencies (CC)   

Clinical skill?  

Menariknya di RCSI, adik-adik akan didedahkan secara berperingkat dengan clinical skill seorang doktor seperti  ‘history taking’ dan ‘physical examination’ dalam modul clinical competencies. Untuk modul ni adik-adik akan mengahadapi ujian ala-ala ujian oral yg dinamakan OSCE  pada akhir semester Junior Cycle 2. InsyaAllah sgt222 menarik sbb rs cam dh jadi doktor hehhehe...  dan kelas tutorial akan diadakan stiap 2 minggu n adik-adik akan dibahagikan kepda kumpulan masing2. .stakat ni adik-adik perlu ad stethoscope utk modul ini..

 Assignment? Homework?  


Alhamdulillah kt RCSI ni kita x dibebankan sgt dgn assignment atau homework yg bertimbun..cumanya utk modul HBS 1 dan HBS 2 adik-adik prlu menyiapkan assignment secara individu dan berkumpulan. Menarik sbb  masa ni la menguji kredibiliti kite nk bkrja in a group yg mcm2 jenis org ada... n pentgnye juga assignment ni sbb 22.5-25% of the marks akan contribute utk mrkah bg end of smester exam.. nasihat brsama jgn procrastinate.... 






Test? Exam?  

Dh penat2 belajar, mestilah ad ujian nk menguji kefahaman kite kan? Kt RCSI  ni lak, insyaAllah akan ada 2 assessments: 
            Continuous assignment
·  On-line MCQ quiz  
Biasanye quiz ni akan ad 2 kali utk stiap sem n ad 10 soalan yg merangkumi sume modul2 yg kite belajar utk sem tu.. insyaAllah leh je score 10/10 n utk quiz ni akan contribute 5% utk stiap modul
·  Card signing  
Card signing ni biasanya ada utk stiap 2 minggu iaitu pada hari jumaat. Test ni ala-ala ujian oral bg anatomy dan contribute lbh krg 2.5% .Utk anatomy, adik2 akan ada 2 klas anatomy practical utk setiap minggu. Menariknya, sbb stiap kumpulan akan ada cadaver msg2 yg mana sgt2222 membntu utk kite bljr anatomy scr trperinci. InsyaAllah byk pengalaman lucu adik-adik akan hadapi. Cuma kena sntiasa brlapang dada n brsiap-sedia.
End-of-semester examination  
Yg ni mrupakan final exam bg stiap sem. Jenis soalan ialah objektif n short note. N tahun akak, format soalan ialah 30 soalan objektif n 3 soalan short notes bg stiap modul. Dan kebiasaanya lg, 2 modul akan disatukan dalam satu paper.InsyaAllah, soalan hanya berkisar pada nota-nota lecture.

Lecture notes?

InsyaAllah di RCSI, kita sgt2 diberi kemudahan sbb lecture notes yg disediakan lengkap n effective. Dan lecture notes ni boleh di download di MOODLE. Utk pengetahuan adik-adik, MOODLE  ni kena jd ‘best friends’ adik-adik kt RCSI ni sbb sume bnde kite leh dpt dr MOODLE. Conthnye lecture notes, maklumat sal exam, jdual klas, pembahagian kumpulan, past year questions. Macam2 adaaaaaaaa... hehhehe tp kena rjn explore la ek..    

Language class
Pd minggu orientasi, insyaAllah akan ad language test n adik2 kemudiannya akan mengikuti language class utk spanjang 2 sem. Mnriknya klas ni sebab bkn shj akan tngkatkn keyakinan tp scr x lngsung kita akan bljr ttg irish culture n communication skills. Biasanye klas ni akan focus kpd apa yg student nk. Conthnye tahun lpas, language class jd sgt menarik sbb byk focus kpd communication skill utk history taking n physical examination. Alhamdulillah sgt2222 membantu...   

insyaAllah menarik sgt belajar di RCSI n sbnrnya sume tmpat best. Yg pntng bkn tmpt tu semata tp brgantung pd kesungguhan n keazaman kita sndiri. Slmt brmujahadah adik-adik.

Ahlan wasahlan ~_~
insyaAllah brtemu di RCSI...




My Very FIRST Day.......in RCSI

Bismillahirrahmanirrahim...




assalamualaikum wbt..


first of all congaratulation to all that had been tru the exam, interview and stuff..alhamdulillah..
you guys must be really exited to fly overhere!!!(ireland i mean)..hehe..
its a same old feeling that i had too when i was in 1st year..
so i would like to share a little bit experience in my 1st day at RCSI aka. the orientation day (as the next day classes are already started)
jom g skolah!!!


(ni ikut ingatan semata-mata kalau ada tersalah maafkan ye!!)


Dari malam lagi kami telah membuat janji temu dengan seorang senior untuk membawa kami berjalan kaki ke RCSI..
katanya, tak lama pon kalau berjalan, dalam 15-20 minit irish walk..irish walk??apakah itu?? orang irish ade style jalan tersendiri ke?? (jakun)
selain tu boleh tengok view kat dublin nie..
so kami pon bersetuju untuk jalan kaki walaupun macam agak letih dan jetlag pon tak habis lagi.


as our orientation start at 9.00 am, so kitorang bertolak dalam pukul 8.00 am supaya tidak berlaku benda-benda yang tak diningini..
and we take about half an hour ke sana..mungkin kerana kami masih malaysian..so we still practice malaysian walk..huhu..(our house is at harold's cross road, mmg jauh sikit dari rcsi)
sampai disana, kami ke lecture hall ( O'flanagan LT) untuk sedikit talk and brief introduction to RCSI....


basicly on that day we've been provided an overview of various functions within the College, such as: library,health services, student services, and also clubs and societies.
they also have welcome speeches by Professor Cathal Kelly, Dean of the Faculty of Medicine and Health Sciences; Philip Curtis,
Associate Director of Admissions and Student Services and Dr. Alice McGarvey, Vice Dean for Student Affairs.


kemudian kami dibagi-bagi mendikut group dan tiap2 group ada mentor aka tutor yang akan menjaga kita sepanjang tahun pengajian ini.
mentor atau tutor ini terdiri dari lecturer kita je..they will talk alittle bit bout RCSI and h dan tow to cope with overseas condition. note: they all are very friendly people.
next, we also been allocate with Fresher's week buddies. and masing2 dan akan dibawa tour seluruh rcsi..
disebabkan rcsi sangat lah comel saiz nya, oleh itu x sampai 1 jam..tour kami telah tamat..
dan kawan2 irish yang lain menjemput kami ke bar berdekatan untuk bersocial..but..no thanks!!!
note: sekali lagi ingin diulang, diorang amat sangat ramah dan sangat suke akan foreigner macam kita..banyak soalan akan ditanya..banyak mende baru akan diaccounter spt: tibe-tiba ade orang nak salam-salam ke, ajak pergi bar..
huhu..dan semua itu adalah experience untuk mematangkan kita k..tips: cool and relex..diorang tak makan orang pon..explain je..insyaallah diorang faham..




then...we have The REgisteration day!!!!
that afternoon, after a loooong morning, semua pelajar diminta ke exam hall untuk process register.we have to queue (which is saaaangat panjang sebab die gabung medic + pharmacy + physiology)
ok..time ni, we have to bring along ALL our stuff, surat jpa/mara, surat afidavit, surat tawaran, semua surat yang ada, just bring them together. after that, kita kan melalui beberapa process..(kalau ade yang tak cukup anda terpaksa cukupkan..kalau tak tak boleh register)


-kita akan buat RCSI student card!!!


we have to queue again to take picture and the card will be done on the spot..yeah!!you dont need to wait a whole day..just a few minutes je..
jangan lupa untuk berpakaian kemas dan cun sentiasa kerana id card inilah yang akan kita guna selama-lamanya..huhu..
this student card is veeery important guys..with this card, we can have access to library, (tanpa card tak boleh masuk library) gym, computer labs, prayer rooms and many more area in rcsi do need to use id card.


-open up an account!!!


on that day, there are 2 banks that open up a booth during registeration, that is AIB (Allied ireland bank) and BOI (bank of ireland). both are very good, but AIB always the favourate bank ever..ye ke??hehe..
both bank ade la benefit diorang..kalau AIB, senang untuk transfer duit dan berurusan, sebab tu selalu students malaysia bukak AIB je..tak banyak songeng kate orang terengganu..
theres no fee untuk buka account, so why not just register both??hehe..
ps: but 1st, you need to finish up ur registeration.you cant open an account until you finish register..huhu..


- moment yang paling dinanti-nantikan..get ur RCSI lappy!!!!!
(gambar hiasan)


as you all know..kita kan dapat laptop free kan..so, after register semua siap, kita akan disuruh untuk kutip laptop masing.(last time kat basketball court)
after check semua ok..then boleh balik!!!
ps: you will get log-in details for RCSI online services, including the VLE (Virtual Learning Environment) and your RCSI e-mail account dalam booklet register to..
VLE ataupun moodle adalah lamatweb rcsi dimana semua notes akan diupload disana..dan kita kan ada rcsi email khas untuk pengumuman dibuat..(cool kan rcsi??hehe)
time kami..dapat laptop hp yang beru dan berwebcam.. so we'll see laptop apa korang dapat nanti..


- tyme register to..ada seniors yang bukak booth jual buku2..
kalau ada yang tak sempat nak beli buku ke..boleh beli dengan diorang..dengan harga yang ok jugak..


wa!!!!finally..da abispon a whole orientation day!!!!bestkan??
memang hectic sangat..dan letih sangat...
cant wait nak tunggu next day punye kelas!!!!





exited to memang exited..tapi ingat betulkan niat ye adik-adik..kita ada misi besar untuk datang ke ireland ni..




L.O.V.E.

Dublin Pictures?

Ada orang tanya mana gambar Dublin. Saya upload sikit. Sorry kalau quality tak berapa best. Orangnya tak pandai ambil gambar >_<


From Dublin Pictures?


From Dublin Pictures?


From Dublin Pictures?



From Dublin Pictures?





From Dublin Pictures?


From Dublin Pictures?


From Dublin Pictures?